Thursday, August 11, 2011

Pregnancy: Rhesus(-ve) dan suntikan rhogam (part 1-pengenalan)

Hari ni teringat tentang topik diatas....but i tak preggy ye...just nak share ngan rakan2 senasib denganku... -_-
Rhsesus (-ve) ni bukan penyakit..tapi berkaitan dengan jenis kumpulan darah kita...setiap jenis darah ada faktor rhesus sama ada positif atau negatif..... selalunya kebanyakan orang berhesus positif...tetapi ada sesetengah orang berhesus negatif ( aku le tu)....selalunye doktor mesti tanya ada keturunan india ke or mamak ke..sebab selalunye mereka yang selalu berhesus negatif...tapi saya takde keturunan india or mamak..

kat sini saya tempek hasil perkongsian saya bersama-sama rakan fasebuk kat hospital bersalin:
# Faktor rhesus (kumpulan darah, juga dipanggil faktor Rh) — Kalau anda perhatikan, apabila ujian darah dilakukan, doktor akan mencatat sama ada darah anda (sama ada kumpulan A, B, AB atau O) dengan Rh positif atau Rh negatif. Jika tidak dicatat apa-apa, bermakna darah anda adalah Rh positif.

Rhesus adalah satu kumpulan antigen (bahan dianggap asing oleh badan) yang mungkin atau tidak hadir pada permukaan sel darah merah. Ia menjadi asas bagi sistem kumpulan darah. Kebanyakan orang tidak mengira jenis darah mereka mempunyai rhesus positif. Individu yang tidak mempunyai faktor ini dipanggil rhesus negatif atau Rh negatif.

Menurut Dr Ho, Rh negatif dianggap sebagai keadaan tidak normal dan ia jarang berlaku. Ketidakserasian antara darah Rh positif dan Rh negatif boleh menyebabkan penyakit berkaitan darah pada bayi. Bagi wanita yang mempunyai Rh negatif, suami akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika suami juga mempunyai Rh negatif, bermakna anda boleh menarik nafas lega kerana darah anda ‘serasi’ dengan darah suami.

Pada keadaan biasa faktor ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kecuali ketika anda mengandung. Apa dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan daripada bahan baka ayah dan ibu, maka badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing. Ini menyebabkan wanita boleh mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Jika anda mengalami pendarahan sebelum atau selepas melahirkan anak, doktor akan memberikan suntikan RhoGAM untuk mengelakkan komplikasi. Ini bermakna doktor akan memberikan suntikan setiap kali anda mengalami pendarahan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi.
 itu aje..part 2 menyusul kemudian.... ^-^

 
nota bawah kaki: jangan risau bile pregnant, cuma pastikan doktor tau kite berhesus negatif...

5 comments:

  1. k.unai rh -ve rupanya...dlu kat uni pnh bljr.teori je..ni bru jmpe real life pnye..hehe...

    ReplyDelete
  2. ye...sebab tu bile preggy kene refer kat hospital..

    ReplyDelete
  3. Salam..nk tnyaa..sy pn rh-
    N tgh prgnt 1st bby..dsbbkn pn blogger dh brpglmn pasl rh- ni sy
    nk tau.klo 1st bby ibu tu mg wajib dptkn suntikn rhogam
    utk weeks 28 ngn 32 or xperlu?
    Sbnya sy dh cmpius.b4 this dr kt klinik.gomen ckp kne cucuk
    tp now bila pg monthly checkup dr ckp xpyh.cucuk.plak sb
    1st bby.klo 2nd bby or next br.cucuk.
    Tp bila sy scan kt klinik private.n tnya dr kt situ.yg dia tau
    Mg kne amik injection rhogam.even 1st bby..
    Boleh x share pglmn..huu.risau gk.coz skrg dh week 26

    ReplyDelete
  4. saya pon rh-,uhhh lega sikit bace,takot nanti ade plak masalah dgn kandungan..mmg tiap kli g check mesti dokter na amik darah je,pnh jugak tye pd nurse knape kne amik drh tiap kli,nurse ckp rh- ni,sepatutu=nye kne amik dalam kandugan 28week - 36week,tp ritu saya sudah melebihi had rh,so nanti saya akn kne injack pada 36 minggu pada rabu depan.

    ReplyDelete
  5. Sy sedang hamil anak pertama dan RH- hehe. so dlm bulan 2 ni akan amik suntukan rhogam. doakan urusan sy dipermudahkan, aamiin

    ReplyDelete