Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Pregnancy: Rhesus(-ve) dan suntikan rhogam (part 1-pengenalan)

Hari ni teringat tentang topik diatas....but i tak preggy ye...just nak share ngan rakan2 senasib denganku... -_-
Rhsesus (-ve) ni bukan penyakit..tapi berkaitan dengan jenis kumpulan darah kita...setiap jenis darah ada faktor rhesus sama ada positif atau negatif..... selalunya kebanyakan orang berhesus positif...tetapi ada sesetengah orang berhesus negatif ( aku le tu)....selalunye doktor mesti tanya ada keturunan india ke or mamak ke..sebab selalunye mereka yang selalu berhesus negatif...tapi saya takde keturunan india or mamak..

kat sini saya tempek hasil perkongsian saya bersama-sama rakan fasebuk kat hospital bersalin:
# Faktor rhesus (kumpulan darah, juga dipanggil faktor Rh) — Kalau anda perhatikan, apabila ujian darah dilakukan, doktor akan mencatat sama ada darah anda (sama ada kumpulan A, B, AB atau O) dengan Rh positif atau Rh negatif. Jika tidak dicatat apa-apa, bermakna darah anda adalah Rh positif.

Rhesus adalah satu kumpulan antigen (bahan dianggap asing oleh badan) yang mungkin atau tidak hadir pada permukaan sel darah merah. Ia menjadi asas bagi sistem kumpulan darah. Kebanyakan orang tidak mengira jenis darah mereka mempunyai rhesus positif. Individu yang tidak mempunyai faktor ini dipanggil rhesus negatif atau Rh negatif.

Menurut Dr Ho, Rh negatif dianggap sebagai keadaan tidak normal dan ia jarang berlaku. Ketidakserasian antara darah Rh positif dan Rh negatif boleh menyebabkan penyakit berkaitan darah pada bayi. Bagi wanita yang mempunyai Rh negatif, suami akan dipanggil untuk menjalani ujian. Jika suami juga mempunyai Rh negatif, bermakna anda boleh menarik nafas lega kerana darah anda ‘serasi’ dengan darah suami.

Pada keadaan biasa faktor ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kecuali ketika anda mengandung. Apa dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan daripada bahan baka ayah dan ibu, maka badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing. Ini menyebabkan wanita boleh mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Jika anda mengalami pendarahan sebelum atau selepas melahirkan anak, doktor akan memberikan suntikan RhoGAM untuk mengelakkan komplikasi. Ini bermakna doktor akan memberikan suntikan setiap kali anda mengalami pendarahan sepanjang sembilan bulan kehamilan. Suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan komplikasi jika anda mengandung lagi.
 itu aje..part 2 menyusul kemudian.... ^-^

 
nota bawah kaki: jangan risau bile pregnant, cuma pastikan doktor tau kite berhesus negatif...

Thursday, July 7, 2011

alhamdulillah....syukur atas rezeki yang Engkau kurniakan ke atas ku........

Begitu banyak yang rezeki yang Engkau kurniakan keatasku...hingga aku berasa begitu takut....takut, sebab akulah bukanlah seorang yang boleh dikategorikan manusia yang baik dan umat islam yang baik jugak...begitu banyak kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan....tapi Engkau masih melimpahkan rezeki keatas ku..moga-moga aku tergolong dalam golongan yang beriman kepada-Mu, ameen.

1.Alhamdulillah...akhirnya confirm permohonan rayuan en. suami mengenai rayuan sebagai mahram hajiku sudah selesai........dan jawapannya rayuan telah diterima..yeay...moga-moga persediaan kami untuk menjadi tetamu Allah berjalan dengan lancar.........

2. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar ,starting on march hari tu...semalam baru je abis exam sem 1..alhamdulillah....moga2 Allah mudahkan kami (aku dan rakan2)

3. Akhirnya aku dapat mohon kenaikan gaji dari p1 ke p2..hasil ptk 4-4- 2008 yang lalu...walaupun lambat, aku tetap bersyukur..alhamdulillah...dan hari ni ke sekolah...aku dikhabarkan bahawa kenaikan tersebut telah diluluskan...alhamdulillah....

4. Tahun ni jugak, aku dapat APC....sungguh tak sangka...terima kasiht banyak untuk Pn. GPK 1 aka Pn. GC...rasanye banyak lagi aku kene belajar...mungkin dapat jadikan suntikan semangat untuk aku berusaha demi dunia pendidikan malaysia..ayat skema....

Syukur alhamdulillah untuk semua rezeki ini...moga2 aku sentiasa dalam peliharaan Allah supaya tak menjadi manusia lupa diri dan bersifat takbur...sungguh aku takut!!


nota bawah kaki: semoga aku dapat  berkongsi rezeki ini pada semua orang....ameen...

Sunday, May 8, 2011

to do list thiz week..............

Kelihatan sedikit tapi..........hmmmm...

To Do ListKu.:
1. Buat soalan exam untuk 2 subjek:
  •     matematik tahun 4 - dlm proses-
  •     p.muzik tahun 6  - belum mula-
2. Mula buat kajian tindakan:
  • masalahnya macam tak konfinden ngan tajuk aka mahu tukar tajuk, masa pulak suntuk.......aisehhh macammana ni
  • masalah lagi-->sangat kekeringan idea untuk mengolah objektif terhadap kajian dan seterus-terusnya.......waaaaaa
  • konklusinya: walau kering kontang sekalipon kene start thiz week jugak kot mana-mana pon..waa.....
3. Assigment kumpulan untuk subjek FPK:
  • setakat nih ahli kumpulan belum pilih tajuk yang nak dijadikan assignment...tapi itupon akan dilakukan dalam minggu ni jugak..
4. Assignment kumpulan untuk subjek asas nombor:
  • pensyarah handsome kadang-kadang macam biasa aje lom bagi tajuk...akan diemelkan...PASTI dalam minggu ni jugak..
5.Kesimpulan:
  • semua keje ni kene dilakukan dalam minggu ini juga.
  • TIDAK BOLEH tangguh-tangguh..T_T
  • sekarang sudah susah hati dengan kajian tindakan...
ni je yang ingat dan pasti kene buat..kalau teringat akan ditambah lagi dalam to do list nanti 

nota bawah kaki: cuma mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan dilaksanakan dengan baik...ameen.....

Saturday, March 19, 2011

2 hari 1 malam di Batu Pahat......

2 hari yang meletihkan tapi sangat berisi.

Hari Pertama

-Tiba jam 11 dan terus ke tempat pendaftaran, masa semak form2 yang ade tu teringat i/c takde, tengok dlm beg duit..haiihh tak ade..takkan tinggal kat umah kot..call en. hubby kat luar dewan, ghupenye ade ngan die haihh..bikin org susah ati aje....mcm biasa le, cek nai nih kelam kabut orgnye..bayangkan bile org yang kelam kabut mendaftar nih kecoh la sikit... dah siap mendaftar gi kat kaunter membayor yuran pendaftaran sebanyak RM50, mintak ngan en hubby duitnye...., then gi  kaunter amik gambor, peh tu gi plak kaunter metrik card...selesai..... lepas tu diingatkan ade taklimat kul 3..

ape lagi, gi makan tengah hari kat umah org kawen...kawan cek nai yang kawen...kebetulan jatuh hari yang same plak..hehehe

selesai makan, g jumpe peranten...peranten tengah make up, mak andam kerek plak..suruh turun tak bleh tengok, nanti tak surprise...malas nak gaduh turun je la...en hubby ajak check in dulu la bila cek nai kate peranten tgh make up...

so g la check in kat silver inn...okela duk kata situ..AS paling seronok, keje nak mandi je coz ade bath tab..jakun le plok..hehehe

Kat kul 2.30, keluar balik coz nak dgr taklimat ngan TNC UTHM, sesat2 kiterang nak keluar dari bandar bp tu...tapi alhamdulillah sampai gak kat UTHM...
kul  4++ taklimat habis..ajak en hubby survey kampus bandar.. AQN tdo plak, plan nak singgah jumpe peranten, cancel je la...then balik hotel...jam la plok..ghupenye ade accident...

Malam: hujan renyai2, malas nak klua nasib baik peranten bagi nasik wat bekal..kalau tak kene meredah hujan la gamaknye....

Selesai makan apa lagi...tido la..AQN taknak tido plak coz dah tido petangkan..puas di pujuk akhirnye lampu semua ditutup..dah gelap susah nak berjalan baru dia tido..huhuhu

Hari Kedua

Bangun pagi sikit punye awal..AQN pon sama..tapi siap lambat jugak...singgah sarapan kat Azhar Corner..mamak style..ramai betul org..nasib baik ada tempat duduk...Azhar Corner nih dah dekat ngan UTHM dan...tepat kul 8 sampai kat dewan untuk taklimat...duduk la dengar taklimat dari kul 8-11..sampai kematu P*******g ,rehat jap..1st time makan nasi ambang kalau tak salap cek nai..dah lupe aritu derang bgtau..lupe plak... lepas tu sambung balik sampai kul1++..rehat..derang bagi makan tau...tapi ceknai dah kenyang jumpe en hubby and anak2 je..lepas tu sambul balik kul 2.30 sampai kul 4++++.....terus balik merlimau...

Bye Batu Pahat, 26 Mac nih Cek Nai dtg lagi......

p/s: jeles dengan student ppg OUM..dengar khabar mereka tak payah BIG and kelas pon hari Ahad je...bpg kenapa program yg sama tapi lain-lain cara pengurusan nya..... 

Tuesday, March 8, 2011

tawaran belajar....

ini yang disemak dari moe.gov.my:

nama dan ic no. dirahsiakan atas sebab2 keselamatan...heheheh





Dan ini pulak surat tawaran dari website UTHM:

cara memilih syampu dan barangan penjagaan rambut

Lagi pasal rambut..memang google jela yer...

Kali ni saya jumpe dalam mr. google, website ini => http://www.srikasih.co.cc

website nih menyatakan cara-cara memilih syampu dan barangan penjagaan rambut, jadi saya sedut sedikit banyak dari website tersebut:

Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.
=> kita selalu alpa untuk membaca kandungan yang terdapat dalam barangan penjagaan rambut/badan berbanding barang makanan....
2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.
=> aiseh, salah fahaman selama ini, ingatkan lagi wangi bagus...tehehe

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

=> yang ini untuk sesiapa yang suka mewarnakan rambut

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.

okeh itu aje info hari ini..........
adios

Penjagaan rambut.....

Tengah mandi petang tadi, teringat nak google pasal penjagaan rambut, pasai apa...rambut ku bile panjang ade problem sokmo...hmm..lagi satu, masa jaga exam tadi..sempat lak meround tengok budak-budak nih menjawab, and ade 2-3 orang budak lelaki yang baru berumur 12 tahun tetapi sudah mempunyai uban...cek maleh la no nak cari pasai pa buleh beruban...hangpa pi google sendiri la no....


Di sini saya syerkan sedikit tentang penjagaan rambut yang saya dapat dari  http://ms.shvoong.com

Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.
=> Esok buleh la bagitau kat bebudak yang kecik-kecik dah beruban rambut tu..hik hik hik

=> Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.
=> yang nih boleh cuba untuk sesiapa yang tak mau beruban cepat..
 
 
=>Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.
=> mudahnye..tapi kalau dah rambut lebat perlu ke diamalkan nih?tepuk dada sendiri  pikirla..

=>Masalah rambut gugur?

Ha,sebelum terlambat... Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.
=> Masalah nih selalu berlaku kepada ibu-ibu selepas melahirkan bayi mereka, tapi ini perkara biasa untuk mereka, tapi kalau nak cuba petua ni takde masalah
 
 
=>Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala

1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.
=>oh minyak kelapa hijau dan daun kermak saya tak tau rupanye bagaimana...sape yang tau bolehla syer bersama-sama ye...

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.
=>menarik dan semudah a b dan c...maybe lepas ni saya nak cuba la..
3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.
=>wow..saya pernah mengewapkan badan saya ala-ala sauna gitu semasa dalam pantang..mula-mula dengan air panas yang mengandungi pelbagai jenis daun herba lepas tu pakai air panas biasa aje...memang berpeluh habis..tujuannya nak mengeluarkan  toksin-toksin dan menyihatkan tubuh badan tapi takpernah pulak wapkan rambut.....
 
Okey..kalau nak tau lagi pasal penjagaan rambut boleh tengok kat website yang dah tercatat kat atas nu...

Monday, February 21, 2011

17-2-2011... kene obseb di kelas 4k...

Hua hua hua...malas nak ngapdate blog semenjak 2-3 menjak nih..
1.sibuk siapkan buku stok spbt - padan muke haku, tangguh lagi...
2. sendiri tak sehat, selsema dan demam yang silih berganti
3. Anak-anak pon pon same tak sehat jugak...

Nih nak citer perihal kene obseb ngan Guru Besar minggu lepas....huhuhu...Naik je cuti Maulidur Rasul dah dapat jadual obseb..Bayangkan Hari Rabu bagi jadual hari Khamis dah kene obseb....aiseh...dah le tengah sibuk menyiapkan borang-borang untuk taklimat borang btbtr 190(spbt) untuk petang rabu tu....

Ape-apehal gi taklimat dulu..balik plak dalam kul 4.30..berkepit je ngan budak berdua tu..almaklum le bapaknye ade meeting 3 hari kat hotel Naza..nasib baik tdo balik umah...

Malam baru aku google kat internet cari idea apa nak wat...google ko,  canggih tak maggihnye haku nih, kes malas nak berpikir le nih... Siap mintak derang bagi idea kat fb lagi..hahahah...pastu makcik dapat idea..wat la perlahan-lahan...dalam kul 9-10 ...ajak budak2 nih tidur...AS mcam biasa letak kepala kat bantal je tidur...si comel AQN nih..payah nau nak kasik tido...akhirnye tidur jugak...kul 10 lebih seket abahnye tepon nak balik dari hotel...kul 10.40 cam tu dash sampai umah....

Kul 12, si comel AQN pon bangun dari tdo..aiyseh apsal bangun...ummi tak siap keje lagi..esok nak kene obseb nih...sungut dalam ati je..huhuhu..hmm..kene le wat jugak..AQN temankan...huhuhu..siap jugak akhirnye..dapat tido...


Hari obseb...waktu ketiga satu masa...standby bahan-bahan....amik nafas dulu..waktu pertama dah berlalu...jeng jeng jeng, 15 minit sebelum masa kedua berakhir..dapat relief kelas 4k..aiseh..jap agi nak masuk gak..bawak je semua bahan2 tuh...masuk kelas amik kedatangan budak2 nih dulu... bagi warning sikit2...recall balik ape yang dah diajar semalam....loceng ketiga bunyi....waa...debaran pun bermula..(lama dah oran tak obseb haku nihhhhh)


Terus masuk set induksi..kih kih kih,,,,nak abis set induksi GB pon masuk...terus aku bagi penerangan untuk main game matematik..pecahkan kumpulan dan bla bla bla.....lagi sepuluh minit nak abis, gb pon kate nak turun coz ade org jabatan datang nak tengok kssr...fuhh selamat haku....kih kih kih...aku wat gak closure nye..penat aku tulis memalam..takkan taknak wat..setakat nyanyi je kan....
 Sekarang nih aku lega dah sikit........leh sambung wat keje yang tertangguh haku tu..............


 

Tuesday, February 8, 2011

Punggung tonggek dan kelebihannya di gelanggang

Ufff...jangan salah faham tentang title diatas...meh bace cerita dibawah untuk mengetahuinye...

Hari ini adalah hari aktiviti petang di sekolah iatu ko-ku..pukul 2.30 perjumpaan badan beruniform...cikgi jadi salah seorang guru penasihat badan beruniform bulan sabit merah...hari ni derangnye aktiviti ialah mengenal lambang bulan sabit merah...

Tepat kul 3.30 budak-budak nih semua pergi ke padang plak untuk aktiviti permainan. Cikgi jadi guru penasihat permainan bola tampar....cikgi nih takdela arif pasal hal bola tampar...setakat gitu-gitu aje bolehla..

Kiterang ade sorang cikgu yang terer hal-hal bermain bola tampar nih...iaitu kakN...caya la kak N..
Aktiviti kiterang yang memula ialah belajar teori pasal bola tampar....sape yang terang kan? dah tentula kakN...hehehe..kiteorang nih tukang dengar same bebudak....::: feelingnye cam tengah dengar lecture dari lecturer masa kat maktab:: rindu plak time tu::: 
dalam pada tengah syok-syok dengar kakN berceloteh..ada sorang budak bleh tdo.."mak aihh...camno ko bleh tdo budak?"

Dah lama tak main bola tampar..bile nak ajar budak blur je cikgi rase...huhuhhu

Ape plak perkaitan dengan title diatas?semasa kakN bagi penerangan barula kiterang tau pemain bola tampar yang ade punggung tonggek ade kelebihan semasa spike...sebab spike akan lebih cantik...
tu la yang nak bagitau.:cikgi pon baru tau gak:

Lepas kelas teori kiterang bawak budak belajar cara menyangga...sekejap je tak sempat nak latih lama-lama...mase dah time..seme dah nak balik da......bubye budak-budak..


Jangan ade salah paham plak ye tentang title yang tersebut..
adiosssssssss...

Tuesday, January 25, 2011

belajar buat header 2

Horayy...nampak tak header kat atas tu......hmm...header nih adalah header ke10 yang saya ada dalam simpanan saya...yang lain tu segan nak di letak kat  blog kecuali yang gambar my baby tu la......buruk jugak tapi okeh la..hehehe..
walaupun header  nih taklah lawa dan cun melecun..tapi okelah untuk beginner macam saya nih...hua hua hua,
Saya pakai photoshop dan photoscape , ni pon  baru nak belajar bercenta ngan segala tools yang ada tu...payah beno nak kawal tangan mengedit pic yang ada tu
Terima kasih pada miszsephia yang telah banyak bantu saya..(^_~)

adios....

p/s: naik juling jugak biji mata nak mengedit gambar nih......

Thursday, December 30, 2010

Perjalanan tidak seperti yang dirancang dan diharapkan......apa boleh buat, pasrah sudah le..

hushhhhhhh...kali ni agak panjang tajuknye...sepanjang kesedihan dan kegeraman saya hari ini.......huhhhh......
Kegagalan melaksanakan apa yang dirancang dan keadaan menjadi sangat kucar-kacir adalah diluar dugaan saya dan sangatlah tidak boleh saya terima!!!!!!!Kalau ada yang tertanya-tanya..nih saya nak bagitau ini adalah berkaitan pemberian buku teks spbt kepada anak-anak didik sekolah saya..........


Jari jemari pon kelu nak menekan keyboard, tak tau nak meluahkan kesedihan dan kegeraman akibat kegagalan kelancaran pemberian buku teks tau tak.....ibarat kene pelempang.......PaNG!!!!!kesannya bertapak 2-3 hari kat hati.........

Kepada ibu bapa, lainkali tolonglah jaga perlakuan bile nak amik buku, kami ini cikgu, manusia seperti kamu juga...bukannnye robot yang tak tau penat.....

perggggghhhhhhh...

Nak tau kenapa saya geram....sebab ada sebilangan orang yang tak nampak persediaan yang telah saya buat sebelum saya nak serahkan buku-buku tersebut kepada anak-anak didik sekolah saya....
Ada kamu tau betapa jenuhnya nak mengajar pengawas-pengawas SPBT untuk menyusun buku-buku tersebut? dan kamu datang dengan senang hati untuk melembang buku-buku itu depan mata saya?baik betul budi bahasa kamu ye...siap memilih buku yang terbaik untuk anak-anak kamu......benda free, suka je la kan...kalau kerajaan tarik balik keistimewaan ini barula kamu tau langit tu tinggi ke rendah....beringat sket....
oh ya, dapat buku cantik awal tahun, bagi buku yang rosak hujung tahun....sila pantau buku-buku tu, ada kamu kesah?tidakkan...jadi jangan marah kalau saya cakap nak buku elok, jaga buku-buku kamu elok2...barulah dapat buku elok.....
Kamu tau tak saya bawak VACUUM CLEANER RUMAH SAYA untuk bersihkan bilik boss kat sekolah saya supaya kamu boleh duduk dengan selesa dan terasa bersihnya?...ada kamu ambil tau??yang kamu tau mengutuk saje ye....cuba kamu ambil alih tempatt saya.....baru kamu rasa betapa panasnyee montot kamu...itupon mungkin kamu xsedar juga.......

huh..itu saje..nak luah apa yang terperam...supaya saya tak jadi gunung berapi, sebab kalau jadi gunung berapi faham-faham sajelah..........

Kamu tau kenapa saya geram.........kerana INI adalah peghujung tahun 2010......saya harapkan yang begini



dan bukan begini


huhuhu...tahun depan jangan mendera saya begini lagi.....................untuk guru-guru sekolah saya---->sesiapa yang ingin jadi guru spbt boleh datang belajar dengan saya, saya akan lepaskan ke kamu jawatan saya okeyy.....~__^


p/s:
1. ini cuma luahan perasaan, don't take it seriously.......... tapi yang nak jawatan penyelaras spbt tu i take it seriously...sape yang rase die sangat berkaliber silalah.........^__^

2. moga-moga 2011 memberi sinar baru & kebahagiaan kepada saya.....

Wednesday, December 1, 2010

Takwim Persekolahan 2011

Salam....
hari ini teringat nak google takwim persekolahan 2011..........aiseh..cepatnye masa berlalu..dah makin hampir 2011...

Takwim Persekolahan 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
02.01.2011
31.01.2011
22
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
10.03.2011
8
Cuti Pertengahan Penggal
11.03.2011
19.03.2011
9
Hari Persekolahan
20.03.2011
31.03.2011
10
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
20
Hari Persekolahan
01.05.2011
26.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun
27.05.2011
11.06.2011
16
II
Hari Persekolahan
12.06.2011
30.06.2011
15
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
25.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II
26.08.2011
03.09.2011
9
Hari Persekolahan
04.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
22
Hari Persekolahan
01.11.2011
17.11.2011
13
Cuti Akhir Tahun
18.11.2011
31.12.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78
Kumpulan B
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2011
31.01.2011
21
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
11.03.2011
9
Cuti Pertengahan Penggal
12.03.2011
20.03.2011
9
Hari Persekolahan
21.03.2011
31.03.2011
9
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
20
Hari Persekolahan
01.05.2011
27.05.2011
21
Cuti Pertengahan Tahun
28.05.2011
12.06.2011
16
II
Hari Persekolahan
13.06.2011
30.06.2011
15
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
26.08.2011
19
Cuti Pertengahan Penggal ke II
27.08.2011
04.09.2011
9
Hari Persekolahan
05.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
22
Hari Persekolahan
01.11.2011
18.11.2011
14
Cuti Akhir Tahun
19.11.2011
01.01.2012
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78
Kumpulan A
Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sumber : Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia