Tuesday, March 8, 2011

Penjagaan rambut.....

Tengah mandi petang tadi, teringat nak google pasal penjagaan rambut, pasai apa...rambut ku bile panjang ade problem sokmo...hmm..lagi satu, masa jaga exam tadi..sempat lak meround tengok budak-budak nih menjawab, and ade 2-3 orang budak lelaki yang baru berumur 12 tahun tetapi sudah mempunyai uban...cek maleh la no nak cari pasai pa buleh beruban...hangpa pi google sendiri la no....


Di sini saya syerkan sedikit tentang penjagaan rambut yang saya dapat dari  http://ms.shvoong.com

Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.
=> Esok buleh la bagitau kat bebudak yang kecik-kecik dah beruban rambut tu..hik hik hik

=> Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.
=> yang nih boleh cuba untuk sesiapa yang tak mau beruban cepat..
 
 
=>Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.
=> mudahnye..tapi kalau dah rambut lebat perlu ke diamalkan nih?tepuk dada sendiri  pikirla..

=>Masalah rambut gugur?

Ha,sebelum terlambat... Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.
=> Masalah nih selalu berlaku kepada ibu-ibu selepas melahirkan bayi mereka, tapi ini perkara biasa untuk mereka, tapi kalau nak cuba petua ni takde masalah
 
 
=>Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala

1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.
=>oh minyak kelapa hijau dan daun kermak saya tak tau rupanye bagaimana...sape yang tau bolehla syer bersama-sama ye...

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.
=>menarik dan semudah a b dan c...maybe lepas ni saya nak cuba la..
3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.
=>wow..saya pernah mengewapkan badan saya ala-ala sauna gitu semasa dalam pantang..mula-mula dengan air panas yang mengandungi pelbagai jenis daun herba lepas tu pakai air panas biasa aje...memang berpeluh habis..tujuannya nak mengeluarkan  toksin-toksin dan menyihatkan tubuh badan tapi takpernah pulak wapkan rambut.....
 
Okey..kalau nak tau lagi pasal penjagaan rambut boleh tengok kat website yang dah tercatat kat atas nu...

No comments:

Post a Comment