Tuesday, March 8, 2011

cara memilih syampu dan barangan penjagaan rambut

Lagi pasal rambut..memang google jela yer...

Kali ni saya jumpe dalam mr. google, website ini => http://www.srikasih.co.cc

website nih menyatakan cara-cara memilih syampu dan barangan penjagaan rambut, jadi saya sedut sedikit banyak dari website tersebut:

Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.
=> kita selalu alpa untuk membaca kandungan yang terdapat dalam barangan penjagaan rambut/badan berbanding barang makanan....
2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.
=> aiseh, salah fahaman selama ini, ingatkan lagi wangi bagus...tehehe

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

=> yang ini untuk sesiapa yang suka mewarnakan rambut

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.

okeh itu aje info hari ini..........
adios

2 comments:

  1. Mane nk cari syampu yang jernih dan takde sebatian mutiara pengilat? Huhu.. syampu saya dhlah wangi, berkilat lak tu..huhu

    ReplyDelete
  2. ahahah...nampak gaya kene buat syampu macam org dulu-dulu la...

    ReplyDelete